Mencari
cara pemasaran yang ekslusif bagi produk dan servis anda? Di
ScriptoryBox ada jawapannya. Ruang pameran produk yang pelbagai saiz
serta diluar kebiasaan, mengukuhkan 'branding' bisnes anda.
Produk-produk anda akan dipamerkan untuk jualan dan promosi di dalam
ruang berbentuk 'Box' (kotak) yang diletakkan secara strategik di
sekitar ruang galeria. Memandangkan ruang tersebut juga merupakan
pejabat operasi serta pusat tumpuan pelbagai aktviti, secara tidak
langsung ianya sentiasa menarik minat peserta aktiviti untuk melihat
dengan lebih dekat produk dan bisnes anda. Sekiranya anda menjual
pakaian, tudung atau produk yang kurang sesuai untuk dipaparkan di dalam
'Box', kami menyediakan sewaan ruang (Type D) untuk anda mempamerkan
barangan jualan secara bebas. Dengan
kadar sewaan bulanan yang minima, anda berpotensi untuk meluaskan
bisnes ke serata Malaysia secara online dan offline. Setiap penyewa akan
diberikan 'Box' yang tersendiri untuk mempamerkan produk-produk dan
gambarnya akan diambil untuk dimasukkan ke dalam listing di "Galeri Produk Usahawan" ScriptoryBox
menawarkan khidmat pengurusan pembelian secara percuma bagi setiap
produk yang dipamerkan. Pengurusan inventori, khidmat pelanggan,
penghantaran pembelian online akan kami diuruskan! :) ![]()
![]()
|
Usahawan yang menyewa 'Box' untuk produk, boleh menyertakan kad bisnes, flyers atau sebarang penerangan bertulis berkenaan dengan produk/bisnes mereka. Maklumat-maklumat berkenaan akan diedarkan kepada pelanggan ScriptoryBox yang hadir untuk aktiviti, seminar, perjumpaan atau membeli produk. Khidmat ini adalah percuma kepada pengusaha/usahawan yang menyewa box sahaja.
Type C Saiz = 1ft x 1ft x 1ft Kadar Sewa = RM 8/bulan
or RM 90/tahun (PENJIMATAN RM 6)
Type D
Ruang promosi khas untuk produk yang tidak sesuai untuk pameran di dalam 'Box', sebagai contoh produk tudung, baju, kain, permainan dan perhiasan. ScriptoryBox menyediakan ruang promosi, tidak termasuk tempat menyangkut dan keperluan promosi yang lain. Usahawan perlu menyediakan keperluan tersebut yang dihantar bersama produk yang akan dipamerkan melalui Type D ini. |



