Kadar Sewaan per sesi (2011):

RM 350 per sesi (untuk sekali sewaan dalam sebulan)

RM 250 per sesi (sekiranya sewa 2 sesi dalam sebulan)

RM 200 per sesi (sekiranya sewa 3 sesi dalam sebulan)

RM 150 per sesi (sekiranya sewa 4 sesi dalam sebulan)


Sesi

MORNING: SESSION 1 (9 AM TO 1 PM)

AFTERNOON: SESSION 2 (2 PM TO 6 PM)

EVENING: SESSION 3 (8 PM TO 10 PM)

Luas Tempat: 25 ft x 65 ft

Unit: Tingkat 1

Lantai berpermaidani (dinding ke dinding), Lampu, & Ruang berhawa dingin.

Kelengkapan: Pantry, 2 Bilik air, Ruang Membaca, Ruang Kanak-Kanak, Tempat Solat, Sofa, Kerusi/Meja, Plasma TV, Ruang Kerja, Wireless Internet.

 

Tempahan/Pertanyaan:

spaceleasing@scriptorybox.com

016-3222760 (Pn Kay)


 Download Borang dan Info di sini:

2011 SCRIPTORY BOX LEASING RATE.pdf 2011 SCRIPTORY BOX LEASING RATE.pdf
Size : 99.879 Kb
Type : pdf
2011 SCRIPTORY BOX LEASING FORM.docx 2011 SCRIPTORY BOX LEASING FORM.docx
Size : 23.521 Kb
Type : docx

ScriptoryBox mempelawa individu/syarikat yang berminat untuk mengadakan seminar/kelas/aktiviti keluarga/perjumpaan/mesyuarat/majlis ulangtahun/sesi fotografi atau sebagainya, untuk menyewa lokasi kami dengan kadar yang sangat berpatutan.

Sejajar dengan matlamat kami untuk membantu dan menyokong bakal usahawan, usahawan baru dan usahawan online, kadar sewaan kami merupakan antara yang terendah dengan kelengkapan yang sesuai untuk semua acara.

ScriptoryBox direka khusus untuk suasana santai dan selesa seakan di rumah bagi memberi aura relaks kepada peserta yang datang untuk kursus, seminar dan aktiviti. Suasana mesra keluarga ini membolehkan peserta aktiviti membawa sekali anak-anak, suami/isteri ke sini. Ahli keluarga boleh berehat di ruang menunggu yang disediakan. Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, ruang menyusu ada disediakan di tingkat atas.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan, ScriptoryBox boleh menyusun atur perabot mengikut permintaan dan kesesuaian kursus. Pelanggan boleh memilih untuk setting santai, formal (bersama kerusi & meja / tanpa meja), santai bersila, atau sebagainya. Sekiranya pelanggan memerlukan khidmat fotografi/video untuk acara mereka, kami juga boleh menawarkan khidmat kami dengan kadar tambahan yang amat berpatutan.

Bangunan 3-tingkat yang menempatkan ScriptoryBox adalah di pusat komersil Tanming Boulevard di Taman Meranti Jaya, Puchong. Berhampirannya adalah kawasan kejiranan Taman Meranti Jaya, Taman Tasik Puchong, Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama, Putra Perdana, Nusaputra & AmanPutra. Antara kemudahan yang boleh didapati di sini adalah Carrefour Puchong Utama, Petronas, HERO Supermarket, Restoran makanan islam & restoran chinese cuisine, klinik, pusat cucian & kecantikan kereta, kedai cermin mata, kedai dobi, dan kedai pakaian. Kawasan tempat letak kenderaan adalah percuma dan mencukupi.